Mengurangkan risiko keberhutangan pendahuluan oleh staf dan menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang sistematik dan efisyen.
Unit ini berperanan untuk menguruskan semua permohonan pendahuluan pelbagai, semakan permohonan pendahuluan geran yang telah diluluskan oleh Pusat Penyelidikan dan Jaringan Industri | Centre for Research and Industrial Linkages (CRIL) dan juga menyemak laporan pelarasan bagi semua jenis pendahuluan. Selain daripada itu, Unit ini juga menguruskan hal-ehwal pentadbiran Pejabat Bendahari.