BERITA SEMASA

MAKLUMAN PEROLEHAN

PENDAFTARAN PEMBEKAL

Pendaftaran syarikat ini seterusnya melayakkan syarikat tuan/puan berurusan dan berkomunikasi secara atas talian sepenuhnya berhubung Perolehan UNISEL. Vendor yang tidak berdaftar melalui Sistem TCMS UNISEL adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai mana-mana tawaran perolehan oleh Universiti Selangor akan datang.

Bagi tujuan pendaftaran, dan dalam melicinkan segala pengurusan penyertaan tawaran perolehan UNISEL, syarikat adalah dikehendaki mengenalpasti individu yang bertanggungjawab bagi pihak syarikat sebagai pengguna TCMS berdaftar dalam mengendalikan urusan perolehan UNISEL.

Maklumat syarikat kebanyakannya akan ditadbir urus secara sistematik dan automatik melalui Sistem TCMS kami. Justeru, anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat syarikat anda sendiri bagi mengelakkan kegagalan dalam menyertai sebarang tawaran perolehan UNISEL di masa akan datang.
Anda adalah sentiasa diingatkan untuk memastikan maklumat yang terkini dikemaskini di dalam Sistem TCMS kami di antaranya :
 
  • Maklumat Perhubungan Syarikat/ Cawangan Syarikat
  • Maklumat Perbankan Syarikat/ Cawangan bagi tujuan penerimaan bayaran
  •  Bidang MOF/ PKK/ CIDB
  •  Tarikh Tamat Sijil-Sijil Berkaitan dengan Kelayakan Penyertaan Tawaran
  •  Pemilikan Syarikat
  •  Penyata Bank
  • Maklumat Pengguna/ Pihak Syarikat
 
 
X