Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan izinannya, laman web Pejabat Bendahari berjaya dibangunkan sepenuhnya. Tahniah diucapkan kepada pentadbir laman web ini di atas usaha merealisasikan kewujudannya.

Pejabat Bendahari UNISEL, berperanan menjalankan perkhidmatan kewangan dengan berkesan ke arah meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran kewangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti kepada para pelanggan yang berurusan di Pejabat kami dan Unisel, amnya.

Pembangunan laman web ini bukan sahaja bertujuan untuk menerangkan tentang fungsi unit-unit utama yang melaksanakan pengurusan kewangan di UNISEL tetapi ianya juga adalah untuk menyalurkan maklumat kewangan yang tepat dan berinformasi. Adalah diharapkan, laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak termasuklah warga kerja UNISEL amnya dan pelanggan UNISEL khususnya. Pihak kami turut mengalukan sebarang pandangan dan maklumbalas yang membina agar dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kami.

Akhir kata, diharapkan warga Pejabat Bendahari terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Semoga komitmen dan semangat kerja berpasukan yang berterusan akan menuju ke arah penyampaian dan pengurusan kewangan yang cemerlang dan gemilang.

Peneraju Transformasi

Bendahari,

Puan Zaitun Binti Abd Malek

Universiti Selangor

Puan Zaitun Binti Abd Malek
X