VISI

  • Memastikan segala transaksi penerimaan dan perbelanjaan dan segala yang berkaitan dengannya direkodkan dengan tepat, benar dan jelas.

MISI

  • Menyimpan dan mengurus semua rekod kewangan mengikut piawaian perakaunan, peraturan, akta-akta yang tertentu yang telah ditetapkan dan menjadikan pekeliling-pekeliling kerajaan sebagai panduan dan rujukan.

OBJEKTIF

  • Merangka, melaksanakan dan menyelenggara sistem perakaunan dan kewangan yang berkesan untuk mengumpul, menyimpan dan mengemaskini data-data dan rekod kewangan secara sistematik dan teratur.

  • Memastikan perbelanjaan dan pelaburan mendatangkan hasil dan pulangan yang memuaskan dan berpatutan selaras dengan dasar-dasar dan misi Universiti.

  • Membantu memastikan proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti menggunakan sumber yang efisen dan berkesan.

  • Mengurangkan pendedahan Universiti terhadap sesuatu risiko. Memastikan pengurusan pencukaian yang bijak dengan meminimakan tanggungan cukai.