Pengurusan

Pejabat Bendahari

Puan Siti Aisyah Binti Omar

Bendahari

Sebagai Bendahari, Puan Siti Aisyah Binti Omar mengetuai bahagian kewangan UNISEL dengan cekap dan berhemah. Beliau memainkan peranan penting dalam menguruskan aspek kewangan universiti, menjaga kestabilan kewangan dan memastikan pematuhan terhadap piawaian kewangan yang ditetapkan.

KETUA UNIT

En. Mohammed Akram bin Mohd Tamyes merupakan seorang akauntan bertauliah yang berdaftar dibawah Malaysian Institute of Accountants (MIA). Sebagai Penolong Bendahari Kanan, beliau bertanggungjawab menganalisis kewangan dan mengurus bajet bagi memastikan laporan kewangan yang disediakan adalah tepat dan telus, selari dengan keperluan piawaian kewangan semasa serta standard perakaunan berkanun.

Contacts:

En. Raj Mohamad memiliki kemahiran analitikal yang tinggi, memudahkan pengurusan kewangan pelajar dengan tepat dan efektif. Pendekatan beliau yang teratur dan sistematik memastikan proses kewangan berjalan lancar dan teratur.

Contacts:

En. Annuar Bin Kamaruddin adalah seorang profesional IT yang berpengalaman di UNISEL, berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di Bahagian IT Pejabat Bendahari. Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan setiap sistem dan perisian IT di Pejabat Bendahari dikendalikan dengan teliti dan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Contacts:

Puan Maslisadatulnor dikenali dengan sikap ceria yang memancarkan semangat positif dalam persekitarannya. Walaupun ceria, beliau juga sangat tegas dan berdisplin tinggi dalam menjalankan tugasnya. Ketegasan dan displin ini memastikan setiap proses pentadbiran dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Contacts:

Puan Sabariah merupakan seorang yang inovatif dan kreatif dalam pendekatan kerjanya. Beliau sentiasa mencari cara untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perolehan, memastikan hasil yang terbaik dapat dicapai dengan sumber yang ada. 

Contacts:

En. Nik Ahmad Izzuddin dikenali dengan sikap ceria dan mudah bergaul, menjadikan beliau seorang rakan sekerja yang disenangi oleh semua. Keperibadiannya yang positif memudahkan beliau berinteraksi dengan rakan sekerja dan pihak berkepentingan, memastikan komunikasi yang jelas dan efektif dalam setiap urusan kewangan.

Contacts: