Piagam Pelanggan

Pejabat Bendahari

Pejabat Bendahari Universiti Selangor menggunakan piagam pelanggan untuk menetapkan standard perkhidmatan yang jelas dan boleh diukur bagi memastikan kepuasan pelanggan. Piagam ini membantu meningkatkan ketelusan dan kecekapan dalam perkhidmatan yang disediakan. Ia juga berfungsi sebagai komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional kepada semua pelanggan. Dengan piagam pelanggan, kami berusaha memastikan setiap urusan dilakukan dengan tepat, cepat, dan berintegriti. Pejabat kami juga menggunakan piagam ini untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan berdasarkan maklum balas pelanggan.

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut :

  • Memberi perkhidmatan secara profesional dan mesra pelanggan.
  • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang kondusif dan transformatif bagi menyokong proses penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.
  • Menguruskan perkhidmatan akademik dengan cekap dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Memberi sumbangan kepada pemegang taruh dan komuniti secara berterusan.