Kenali Bendahari

Pejabat Bendahari

ALUAN BENDAHARI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Pejabat Bendahari Universiti Selangor.

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur pada Allah swt.

Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan anda ke ruang maya ini yang dibangunkan khusus bagi menyediakan informasi berkaitan pengurusan, operasi, peranan serta polisi yang dijalankan oleh Pejabat Bendahari.

Laman sesawang ini diharap dapat menjadi platform rujukan yang mesra pengguna serta memudahkan warga universiti, pelanggan, dan pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat yang tepat, jelas, dan mudah difahami.

Kami juga amat mengalu-alukan cadangan, pandangan serta komen yang membina daripada anda semua. Setiap idea dan maklum balas yang diterima amat berharga dalam usaha kami menambah baik mutu perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan demi kepuasan bersama.

Dalam kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh pasukan yang telah bertungkus-lumus membangunkan serta menyelenggara laman sesawang ini. Usaha gigih dan dedikasi mereka memastikan penyampaian maklumat atas talian dapat direalisasikan dalam bentuk yang mudah difahami, jelas, dan bermanfaat kepada semua pengunjung.

Akhir kata, adalah diharapkan agar laman sesawang ini menjadi platform yang berkesan dalam memberikan nilai tambah kepada pengalaman anda bersama Pejabat Bendahari, di samping mengukuhkan komunikasi serta jalinan kerjasama dengan seluruh warga universiti, pelanggan dan pihak berkepentingan.

Peneraju Transformasi

Encik Mohammed Akram Bin Mohd Tamyes,
C.A.(M)
Bendahari,
Universiti Selangor

"PENERAJU TRANSFORMASI"

UNIVERSITI SELANGOR

Kenali Bendahari

  • Encik Mohammed Akram Bin Mohd Tamyes, C.A.(M)
    Bendahari
 
Bendahari Terdahulu:
 
  • Puan Siti Aisyah Binti Omar
    Bendahari
  • Puan Zaitun Bte Abd Malek
    Bendahari
  • Puan Hajjah Muzaiyanah Binti Hj Mustakim
    Pemangku Bendahari
  • En Ahmad Zabri bin Mohd Yaman
    Ketua Pegawai Kewangan
  • Prof Madya Azmi Bin Ariffin
    Ketua Pegawai Kewangan
  • Puan Hajjah Muzaiyanah Binti Hj Mustakim
    Pemangku Ketua Pegawai Kewangan
  • Puan Siti Fatimah Binti Jalal
    Bendahari
  • En Mohd Nor Bin Hamzah
    Bendahari

YBhg. Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. Hassan bin Basri

Presiden & Naib Canselor UNISEL

“Peneraju Transformasi UNISEL”