Kenali Bendahari

Pejabat Bendahari

ALUAN BENDAHARI

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan izinannya, laman web Pejabat Bendahari berjaya dibangunkan sepenuhnya. Tahniah diucapkan kepada pentadbir laman web ini di atas usaha merealisasikan kewujudannya.

Pejabat Bendahari Universiti Selangor (UNISEL), berperanan menjalankan perkhidmatan kewangan dengan berkesan ke arah meningkatkan tahap profesionalisme pentadbiran kewangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti kepada para pelanggan yang berurusan di Pejabat kami dan Unisel, amnya.

Pembangunan laman web ini bukan sahaja bertujuan untuk menerangkan tentang fungsi unit-unit utama yang melaksanakan pengurusan kewangan di UNISEL tetapi ianya juga adalah untuk menyalurkan maklumat kewangan yang tepat dan berinformasi. Adalah diharapkan, laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak termasuklah warga kerja UNISEL amnya dan pelanggan UNISEL khususnya. Pihak kami turut mengalukan sebarang pandangan dan maklumbalas yang membina agar dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kami.

Akhir kata, diharapkan warga Pejabat Bendahari terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Semoga komitmen dan semangat kerja berpasukan yang berterusan akan menuju ke arah penyampaian dan pengurusan kewangan yang cemerlang dan gemilang.

Peneraju Transformasi

Puan Siti Aisyah Binti Omar
Bendahari,
Universiti Selangor

"PENERAJU TRANSFORMASI"

UNIVERSITI SELANGOR

Kenali Bendahari

  • Puan Siti Aisyah Binti Omar
    Bendahari

Bendahari Terdahulu:

  • Puan Zaitun Bte Abd Malek
    Bendahari
  • Puan Hajjah Muzaiyanah Binti Hj Mustakim
    Pemangku Bendahari
  • En Ahmad Zabri bin Mohd Yaman
    Ketua Pegawai Kewangan
  • Prof Madya Azmi Bin Ariffin
    Ketua Pegawai Kewangan
  • Puan Hajjah Muzaiyanah Binti Hj Mustakim
    Pemangku Ketua Pegawai Kewangan
  • Puan Siti Fatimah Binti Jalal
    Bendahari
  • En Mohd Nor Bin Hamzah
    Bendahari

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Bin Othman

Presiden & Naib Canselor UNISEL

“Peneraju Transformasi UNISEL”