MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) BAGI TAHUN 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) BAGI TAHUN 2022

Pada 27 Mei 2022, Pejabat Bendahari Universiti Selangor (UNISEL) telah mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan dengan meriah di kampus. Sambutan ini merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh warga universiti untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kemeriahan.

Seawal pagi, staf Pejabat Bendahari telah bergotong-royong menghias booth yang bertemakan tradisi Melayu. Booth tersebut dihiasi dengan cantik menggunakan pelbagai elemen tradisional seperti lampu pelita, anyaman ketupat, dan kain songket. Para staf menunjukkan semangat kerjasama dan kreativiti mereka dalam memastikan booth Pejabat Bendahari tampil menarik dan menggamit perhatian pengunjung.

Majlis sambutan ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, bersama barisan pengurusan tertinggi universiti. Beliau turut meluangkan masa untuk berkunjung ke setiap booth dan beramah mesra dengan staf yang hadir.

Pejabat Bendahari tidak ketinggalan menyajikan pelbagai hidangan tradisional seperti rendang, lemang, ketupat, dan kuih-muih yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. 

Pejabat Bendahari berasa amat berbesar hati dapat turut serta dalam menjayakan majlis ini dan berharap agar tradisi ini akan terus dikekalkan pada masa-masa akan datang.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua staf Pejabat Bendahari yang telah bertungkus-lumus menjayakan persiapan booth ini. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan merupakan bukti semangat kerja berpasukan yang tinggi di kalangan warga Pejabat Bendahari.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 Pada 9 Mei 2023, Universiti Selangor (UNISEL) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah bertempat di Dewan Canselori, Kampus Shah Alam. Acara ini